7 Sebab Melabur Saham US (Luar Negara)
Pasaran saham luar negara (saham global) merujuk kepada pasaran saham di seluruh dunia yang mempunyai pelbagai syarikat yang didagangkan. Di Malaysia, kita ada pasaran saham yang dikenali sebagai Bursa Malaysia. Sebenarnya, sedar atau tidak, diluar sana terdapat pelbagai lagi pasaran yang menawarkan pembelian dan pembelian saham syarikat. Ini dapat menawarkan kepada kita pelbagai peluang perdagangan dan pelaburan.
Pasaran saham global terdiri daripada beberapa pasaran yang berbeza, termasuk pasaran saham Amerika Syarikat, pasaran saham Asia, pasaran saham Eropah, dan banyak lagi. Setiap pasaran saham mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan boleh memberikan keuntungan yang berbeza.

Pasaran Saham US
Pasaran saham Amerika Syarikat, United States of America (US) merupakan salah satu pasaran saham terbesar di dunia. Ia mempunyai pelbagai syarikat yang didagangkan sekaligus memberi peluang untuk pelaburan yang lebih menarik. Bagi pelabur di Malaysia, terdapat 7 sebab mengapa pelaburan dan perdagangan di pasaran saham US adalah penting.

1. Syarikat Berkelas Dunia
Pasaran saham Amerika Syarikat menawarkan akses kepada syarikat-syarikat yang mempunyai reputasi dunia. Syarikat-syarikat ini mempunyai kekuatan yang besar dalam pasaran global dan mempunyai peluang untuk pertumbuhan yang tinggi. Contohnya, Apple, Amazon, dan Microsoft adalah beberapa contoh syarikat yang popular di seluruh dunia dan boleh didapati di pasaran saham ini.

2. Masa Dagangan Berbeza
Untuk sesetengah pedagang khususnya, masa dagangan adalah penting kerana seseorang pedagang yang biasanya membeli dan menjual saham dalam masa yang singkat perlu monitor pergerakan saham mereka ketika pasaran dibuka. Ini memberi kesukaran sekiranya berdagang di pasaran Bursa Malaysia kerana waktu dagangan dan waktu bekerja rata-rata rakyat Malaysia adalah sama iaitu pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Ini memberi kelebihan kepada pasaran saham Amerika Syarikat kerana waktu dagangan mereka dibuka pada pukul 9.30 malam hingga 4.30 pagi mengikut waktu Malaysia. Jadi, sekiranya anda sibuk bekerja pada siang hari, pada waktu malam anda boleh monitor pasaran US tanpa gangguan.
3. Keuntungan Capital Gain dan Dividen
Perdagangan dan pelaburan di pasaran saham luar negara menawarkan banyak peluang untuk keuntungan yang tinggi. Dalam jangka masa panjang, pasaran saham US telah memberikan hasil yang positif dan memberikan peluang untuk pertumbuhan jangka panjang. Pelabur boleh mendapat keuntungan daripada pertumbuhan harga saham dan juga dividen daripada syarikat yang mereka laburi.

4. Nilai Mata Wang
Pelabur di Malaysia juga boleh mengambil keuntungan daripada nilai tukar mata wang. Dalam kebanyakan kes, dolar Amerika Syarikat lebih kuat berbanding mata wang negara lain, termasuk ringgit Malaysia. Ini bermaksud bahawa pelabur boleh mendapat keuntungan jika nilai tukar dolar meningkat.
5. Kepelbagaian Syarikat
Pelabur di pasaran saham US boleh mengambil keuntungan daripada pengurangan risiko. Pasaran saham US mempunyai kepelbagaian syarikat yang luas dan ini bermaksud bahawa risiko pelaburan boleh dikecilkan dengan pelaburan dalam pelbagai sektor dan syarikat. Ini boleh membantu mengimbangi risiko dan membantu mengurangkan kerugian yang mungkin timbul.
6. Maklumat Yang Banyak
Disebabkan pasaran saham US mempunyai perhatian yang tinggi oleh seluruh dunia, maka sudah pasti maklumat mengenai syarikat dalam pasaran US juga lebih mudah untuk didapati. Bukan sahaja maklumat, malah perbincangan analisa teknikal dan fundamental juga akan lebih meluas dilakukan oleh pelabur diseluruh dunia,
Namun, sebagai pelabur yang bijak, kita perlu lebih bijak untuk menilai sesuatu berita supaya kita dapat membezakan antara berita yang ‘baik’ ataupun ‘tidak’.

7. Mahersaham Global Bot
Untuk pelabur yang mendaftar dibawah Mahersaham, anda boleh mendapatkan kelebihan sebagai client iaitu dapat menggunakan Mahersaham Global Bot yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keuntungan di Pasaran US.
Kelebihan ini dapat membantu anda untuk menapis dan mengenalpasti saham yang patuh shariah yang berpotensi memberi keuntungan.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, pelaburan dan perdagangan di pasaran saham Amerika Syarikat menawarkan banyak peluang untuk pelabur di Malaysia. Dengan akses kepada syarikat-syarikat terkemuka, peluang untuk keuntungan yang tinggi, keuntungan nilai tukar mata wang, pengurangan risiko, dan kemajuan teknologi dan infrastruktur, pelabur Malaysia boleh mempertimbangkan untuk melabur dalam pasaran saham US.
Walau bagaimanapun, seperti semua pelaburan, terdapat risiko yang terlibat dalam perdagangan dan pelaburan di pasaran saham global. Perubahan dalam keadaan ekonomi global, politik, dan kejatuhan pasaran saham boleh mempengaruhi prestasi pelaburan.
Oleh itu, sebelum melabur dalam pasaran saham global, pastikan untuk melakukan penyelidikan yang teliti dan mempertimbangkan risiko dan ganjaran pelaburan. Selain itu, pastikan anda memahami pasaran saham global dan pelbagai faktor yang mempengaruhinya sebelum membuat keputusan pelaburan.
Buka Akaun Saham Global
Nak buka akaun untuk melabur di pasaran global? Daftar di Daftar Akaun Saham Luar Negara.
Dah jadi client tapi masih belum masuk dalam group client? Jom masuk disini.