|

7 Masalah Perusahaan Kecil Dan Sederhana

7 Masalah Perusahaan Kecil Dan Sederhana

Perusahaan kecil dan sederhana merupakan tunggak pertumbuhan ekonomi negara.

Terdapat pelbagai jenis perusahaan kecil ini seperti industri berasaskan sumber, logam, plastik, komponen elektrik dan elektronik pembuatan dan pemprosesan makanan.

Ramai usahawan yang ingin memulakan perniagaan atau yang telah berada dalam industri ini mampu bertahan dan memajukan perniagaan mereka.

Manakala sebahagian mereka tersungkur dalam perniagaan kerana tiada ilmu yang mencukupi dalam mengembangkan perniagaan.

Selain itu juga, faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan operasi perniagaan adalah disebabkan kekurangan modal.

Cara menjana keuntungan dengan mempelbagaikan saluran dana ke dalam platform pelaburan juga penting untuk kawalan risiko perniagaan.

7 Masalah Perusahaan Kecil dan Sederhana

Sejak awal perniagaan, usahawan perlu mahir selok belok kitaran kewangan supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari.

Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh usahawan bergantung kepada setiap industri yang diceburi.

Namun begitu, masalah utama kepada semua jenis itu boleh dirumuskan seperti berikut:

  1. Masalah modal dan pembiayaan

    Pertama, kebarangkalian berlaku defisit dalam perniagaan berpunca daripada kekurangan modal.

    Modal yang mencukupi perlu ditentukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

    Ramai usahawan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan modal lain selain modal sendiri. Salah satu cara ialah dengan melakukan pelaburan saham.

    Kedua, usahawan tidak menepati kriteria kelayakan untuk permohonan pembiayaan oleh pihak bank.

    kelayakan permohonan pembiayaan daripada pihak bank  ditentukan berdasarkan kepada keupayaan bayaran balik “creditworthiness” usahawan atau perniagaan yang dijalankan dilihat mampu membayar semula jumlah pembiayaan yang diluluskan.

    Peratusan individu yang gagal mendapatkan pembiayaan adalah tinggi.

    Jadi, perlu ada perancangan perniagaan yang betul supaya anggaran pembiayaan juga bertepatan dengan model perniagaan yang ingin diusahakan.

    Kebiasaannya, keputusan pembiayaan yang dikemukakan oleh usahawan tersebut adalah berdasarkan kepada rekod semasa yang bersih dari sebarang tunggakan hutang (jika ada).

    Ia juga bergantung kepada perancangan modal perniagaan yang betul sebelum membuat permohonan pembiayaan.

    Usahawan perlu bersiap siaga dengan keuntungan perniagaan dan kecairan modal yang tinggi jika anggaran yang dipohon juga tinggi.

    Kebanyakan usahawan yang celik kewangan telah pun mempelajari pelaburan saham untuk mengatasi masalah ini.

  2. Produktiviti dan teknologi yang rendah

    Kurang tenaga buruh yang mahir.

    Kurang ilmu dan kemahiran.

  3. Masalah lokasi

    Tidak strategik.

    Tapak kecil contoh kilang belakang rumah.

  4. Masalah pemasaran

    Pasaran domestik yang kecil.

    Tiada kemahiran dalam pemasaran.

  5. Masalah pengurusan

    Tiada struktur perniagaan yang strategik.

    Tiada bimbingan daripada pakar.

  6. Kekurangan bahan mentah

    Peningkatan harga bahan mentah.

    Usahawan bergantung kepada bekalan import sahaja.

  7. Hubungan jalin dengan industri berat

    Hubungan tidak kukuh.

    Mutu keluaran yang dibekalkan kepada industri berat tidak memuaskan.

Kesimpulan

Jika diteliti, keenam-enam masalah yang dinyatakan bersangkut-paut dengan masalah utama iaitu modal dan pembiayaan.

Modal yang mencukupi mampu dibelanjakan dengan optimum untuk meluaskan lagi lokasi perniagaan, menyediakan pelbagai alatan yang berteknologi canggih serta mengambil pekerja mahir untuk memantapkan lagi pengurusan dan perhubungan dengan industri berat.

Dengan itu, perusahaan kecil ini mampu bersaing bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Similar Posts