moratorium
| | | |

6 SOALAN BERKENAAN MORATORIUM

Moratorium Bank

Bank Negara Malaysia (BNM) telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang moratorium sempena Covid19.

Pelaksanaan Moratorium ini merupakan salah satu langkah untuk membantu individu, perniagaan kecil dan syarikat korporat yang terjejas oleh wabak Covid-19.

Namun sesetengah daripada kita ada yang masih kurang jelas dengan moratorium ini.

Antara beberapa soalan yang biasa ditanya contohnya siapa yang layak mendapat penangguhan bayaran? Macam mana nak apply? Kalau nak bayar macam biasa boleh ke? Dan sebagainya.

Jadi jika anda masih keliru boleh merujuk kepada keterangan yang disediakan oleh BNM ini.

1. Apakah maksud moratorium?

Moratorium adalah penangguhan automatik pembayaran balik pinjaman selama 6 bulan. Penangguhan ini bagi membantu peminjam individu dan PKS yang mempunyai masalah kewangan.

2. Siapa yang layak mendapat penangguhan?

Penangguhan diberikan kepada peminjam yang TIADA TUNGGAKAN melebihi 90 hari pada 1 April 2020. Namun ianya tidak diberikan kepada kemudahan kad kredit. Penangguhan juga hanya dalam denominasi ringgit.

3. Apakah yang perlu dilakukan oleh peminjam?

Peminjam tidak perlu berbuat apa-apa kerana penangguhan ini adalah automatik. Sekiranya peminjam tidak mahu penangguhan, boleh maklumkan pada bank anda dan boleh bayar seperti biasa.

Pesanan: Sila berbelanja secara berhemah dengan bantuan ransangan atau duit tambahan daripada bayaran pinjaman yang tidak dipotong.

4. Perkara yang perlu diketahui tentang penagguhan pembayaran balik pinjaman ini?

i) Tempoh penangguhan ini mula berkuat kuasa pada 1 April 2020 sehingga 30 September 2020 iaitu selama 6 bulan.

ii) Caj faedah normal akan dikenakan seperti biasa kepada bayaran yang tertangguh. Maknanya bayaran faedah peminjam akan bertambah. Faedah ini akan ditambhakan kepada jumlah peminjam.

*Nota: Sila semak perbezaan antara proses pinjaman konvensional dengan pembiayaan Islam

Pinjaman konvensional: faedah akan terus dikenakan ke atas baki tertunggak yang merangkumi pinjaman pokok/principal dan faedah (iaitu terkompaun) semasa tempoh moratorium.
Pembiayaan Islamik: Keuntungan tersebut akan terus terakru pada jumlah pokok/prinsipal yang belum jelas, tapi tak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah.

iii) Peminjam tidak dimasukkan di bawah rekod CCRIS disebabkan penangguhan bayaran ini.

iv) Selepas tamat tempoh 6 bulan ini, pinjaman perlu dibayar semula seperti biasa.

v) Bagi pinjaman kad kredit, pembayaran kad kredit tidak boleh ditangguhkan.

5. Apakah yang perlu dilakukan selepas tempoh 6 bulan ini?

Peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinjaman mengikut jumlah dan tempoh yang baharu. Bank anda akan maklumkan perkara ini nanti.

Peminjam boleh memohon untuk membayar semula pada jumlah yang lebih rendah dan tempoh yang lebih lama jika perlu.

6. Bagaimana pula dengan pinjaman Kad Kredit?

Baki kad kredit boleh ditukar kepada pinjaman bertempoh tidak melebihi 3 tahun pada kadar faedah tidak melebihi 13% setahun.

Anda juga boleh dapatkan keterangan penuh berkenaan Moratorium ini di Portal rasmi BNM

Kesimpulan:

Ingat sepanjang moratorium ini bukanlah masa untuk berjoli atau belanja lebih kerana anda tidak perlu membayar pinjaman 6 bulan. Tetapi anda harus ingat tempoh 6 bulan inilah waktu untuk gandakan simpanan kita.

Belanjakan bantuan ransangan kewangan yang diberikan oleh kerajaan pada tempat yang betul.

Persiapkan diri kita untuk mencipta 6 hingga 12 bulan simpanan kecemasan secepat yang mungkin.


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts