|

5 Sebab Pilih Unit Trust

5 Sebab Pilih Unit Trust

Jom semak 5 sebab pilih unit trust yang dikongsi oleh Unit Trust Consultant JMR.

Lepas ketahui sebab-sebabnya, instrumen pelaburan unit trust pasti jadi pilihan anda.

Selamat dan Sah

Unit Trust ataupun Unit Amanah merupakan salah satu instrumen pelaburan yang terdapat di Malaysia.

Ia adalah sah dan selamat sebagai medium pelaburan kerana Syarikat Unit Trust dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Banyak Syarikat-Syarikat Unit Trust yang anda boleh pilih.

Melalui Unit Trust ini, Syarikat Pengurusan Unit Amanah akan mengumpulkan duit orang ramai.

Hal ini supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut yang diuruskan oleh Fund Manager bagi mengembangkannya.

Risiko yang rendah

Unit Trust memberikan pulangan melalui Capital Gain dan Dividend.

Purata pulangannya pula sekitar 8% hingga 12% setahun.

Pemilihan dana yang sesuai dan berpotensi tinggi penting bagi memastikan pulangan yang diperoleh mengikut perancangan.

Dibawah ini adalah contoh laporan keuntungan Dana Unit Amanah bagi Syarikat PMB Investment Berhad:

Dana yang Patuh Syariah

Kebanyakan Dana Unit Trust adalah 100% patuh syariah kerana dipantau dan dinilai oleh Jawatankuasa Syariah.

Jadi keuntungan yang diperoleh nanti akan lebih berkat.

Boleh tanya pada Unit Trust Consultant (UTC) anda adakah duit anda dilaburkan pada dana yang patuh syariah.

Proses yang mudah dan cepat

Anda hanya perlu menghubungi mana-mana Unit Trust Consultant yang berlesen untuk buka akaun Unit Trust.

Kemudian dokumen yang diperlukan hanyalah salinan IC dan tandatangan pemohon sebagai tanda setuju serta faham prospektus dan setiap risiko sebelum melabur.

Tidak perlu skill yang tinggi dalam pelaburan

Disebabkan tidak ramai yang ada masa untuk belajar ilmu melabur Saham Bursa.

Maka menjadi salah satu faktor kenapa perlu memilih Unit Trust.

Melabur dalam Unit Trust tidak memerlukan kemahiran analisis Teknikal dan Fundamental yang tinggi seperti pelaburan di Bursa Saham.

Anda tidak perlu fikir Entry Price dan Take Profit kerana semuanya akan diuruskan oleh Fund Manager.

Malah pelabur hanya perlu sentiasa berbincang dan dapatkan input terkini mengenai pelaburan anda.

Similar Posts