5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Beli Warrant

WARRANT adalah satu cabang yang ada dalam saham untuk kita buat keuntungan.

Selain warrant ada lagi cabarang seperti BONUS ISSUES, DIVIDEN , RIGHT ISSUES dan banyak lagi.

Sebab itu SAHAM ini adalah best bagi yang ada ilmu dan SAHAM ini teruk bagi yang trade saham follow kawan-kawan atau ‘buy call’ orang lain tanpa ada ilmu.

Jadi kali ini man akan kongsikan 5 PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM BELI WARRANT ketika ingin membeli WARRANT.

– Exercise price
– Conversion ratio
– Expiry date
– Gearing
– Premium
 
 
Memang penting 5 perkara ini jika membeli warrant.
Sebagai contoh kita nak beli WARRANT CAELY.
 
Jom kita tengok WARRANT CAELY dulu
 
warrant
 
– Exercise price :  RM0.380
 
– Conversion ratio :  1 warrant for 1 share
 
– Expiry date : 22/04/2021 
 
– Gearing : 2.04 (Semakin tinggi gearing semakin besar untuk lost)
 
– Premium : -4.29% (Semakin rendah premium , semakin murah warrant tersebut berbanding saham induk dan risiko semakin rendah)
 
 
Kenapa kena faham benda ini?
 
Ini contoh je untuk anda faham, Anda telah beli WARRANT CAELY ini dengan 10 000 unit pada harga RM0.40.
 
Anda pula lupa nak jual dan expired datenya 22/4/2021. So anda terpaksa CONVERT ke MOTHER SHARE.
 
Anda perlu bayar ( 0.40 + 0.380 ) X 10 000 = RM7800.00 (TIDAK TERMASUK CAJ PERKHIDMATAN DAN LAIN2).
 
Waktu itu harga MOTHER SHARE RM0.950/UNIT. Maka kalau beli direct 10 000 unit total kos RM0.950/UNIT X 10 000 = RM9500.00
 
 
Untung RM1000++
 
 
Nampak tak, walaupun anda tidak sempat jual warrant, anda terpaksa convert ke mother share tetapi masih untung!
Sebab itu 5 perkara itu paling penting dalam nak beli WARRANT.
 
Jika anda tersilap percaturan, anda terpaksa bayar lebih untuk convert.
 
Ini semua untuk langkah berjaga-jaga sekiranya apa-apa berlaku seperti kita terlupa nak jual atau apa jua.
 
Jadi jika kita kena convert pun kita tidak mengeluh, sebaliknya lebih gembira sebab memang dah untung bila convert.
 
 

**BONUS**

Teknik Untuk Membeli Warrant

  1. Pastikan Maturity date atas 6 bulan atau 1 tahun.
  2. Premium di bawah 30%.
  3. Nilai Gearing 0 atau 1 atau 2.
  4. Pilih nilai exercise price yang lebih kecil daripada mothershare

 

Bacaan lanjut

Dalam siri warrant kita sudah hasilkan beberapa artikel lain dalam usaha untuk menjelaskan kekeliruan ramai orang dalam pengiraan ataupun risiko yang terlibat dalam jual beli warrant.

Antara artikel yang tuan puan boleh baca :

  1. Apa Itu Warrant?
  2. Belajar Cara Convert Warrant
  3. Cara Kira Premium Warrant
  4. Risiko-risiko Warrant


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Ebook setebal 100 muka surat yang bernilai RM299, Mahersaham berikan secara percuma!

Ebook ini setebal 100 muka surat lebih.

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.