5 Jenis Reversal Chart Pattern Yang Biasa Trader Gunakan
Reversal Chart Pattern yang biasa trader gunakan ada 5 jenis . Antaranya adalah head and shoulder, double tops and bottoms, triple top & bottom, spike V top & bottom dan Rouding Pattern
Jenis Reversal Chart Pattern (RCP)
Dalam saham, Teknikal dan Fundamental analisis amat penting untuk mengkaji pergerakan harga sesuatu saham.
Jadi artikel ini akan kongsikan sedikit Teknikal Analisis iaitu beberapa Chart Pattern yang menunjukkan pembalikan harga (Reversal Pattern) di mana kalau jumpa Chart Pattern ini anda sudah tahu apa maksudnya.
RCP yang pertama: Head & Shoulder
Head and Shoulder adalah pembentukan dengan 3 puncak, kiri dan kanan dengan ketinggian yang hampir sama dan tengahnya yang tertinggi.
Ia menunjukkan pergerakan harga daripada menaik kepada menurun.
Ramai pelabur percaya corak ini merupakan salah satu trend pembalikan yang paling kuat dan boleh dipercayai.
RCP yang kedua: Double Top & Bottom
Double tops and bottoms adalah corak analisis teknikal yang penting digunakan oleh pelabur.
Untuk Double Tops ia mempunyai bentuk ‘M’ dan menunjukkan pergerakan harga yang menurun.
Manakala Double Bottoms pula mempunyai bentuk ‘W’ dengan pergerakan harga yang menaik.
Reversal Chart Pattern yang ketiga:
Triple Top & Bottom
Bagi Triple Bottom, harga menurun sehingga ke paras support dan cuba untuk memecahkan support sebanyak 3 kali. Ini menyebabkan pembentukan paras support. Maka ini diberikan nama Triple Bottom.
Namun yang berlaku pada Triple Top berlawanan dengan Triple Bottom dimana harga cuba memecahkan resistance sebanyak 3 kali dan kemudian jatuh dan membentuk Triple Top.
RCP yang keempat: Spike V Top & Bottom
Spike V menunjukkan bentuk yang tajam sama ada di atas atau di bawah. Ia membentuk tanpa memberikan apa-apa isyarat.
Situasi sebegini sukar untuk di perdagangkan dan cara yang terbaik keluar dahulu dari pasaran sebegini.
Reversal Chart Pattern yang kelima:
Rouding Pattern
Rounding Saucer juga merupakan salah satu reversal chart pattern. Tetapi ia mengambil masa yang lebih lama untuk membentuk dan harga bergerak secara perlahan.
Chart Pattern ini biasanya dapat dilihat dalam timeframe mingguan atau bulanan yang merangkumi beberapa tahun.
Kesimpulan
Jadi sebelum membeli sesuatu kaunter anda perlu fahamkan Teknikal analisis supaya anda boleh tahu di mana harga yang anda patut masuk (beli) dan keluar (jual).
Nak belajar Teknikal analisis dengan lebih mendalam lagi? Dah ada akaun cds ke belum?
Sertai kami SEKARANG!!!
Jom tonton video Reversal Chart Pattern yang telah kami sediakan ini.