5 asas kewangan

5 Asas Kewangan Untuk Individu

5 Asas Kewangan dalam artikel ini sangat penting untuk setiap individu. Jika seseorang itu tidak mengurus kewangan dengan baik, individu tersebut boleh jadi satu masalah besar dalam kehidupannya.

Fahamkan 5 Asas kewangan yang telah dikongsikan ini. Walau macam mana sekalipun setiap individu WAJIB uruskan sebaiknya kewangan diri sendiri.  


5 Asas Kewangan yang sangat penting untuk setiap individu

  1. Pendapatan (Income)

    Pendapatan adalah hasil yang diperolehi seseorang dari banyak sumber sama ada gaji, sumbangan, dan lain-lain.

    Namun tak ramai yang bijak untuk menguruskan duit tersebut. Ada juga hingga sanggup berhutang asalkan kemahuan tertunai.

    Ingat! Walau sebesar gunung pun pendapatan kita, jika tidak cerdik menguruskannya hidup akan terasa sempit dan sesak.

    Orang tua-tua pernah berkata, semakin besar periuk semakin banyak juga keraknya.

    Ia memang selari dengan pengurusan pendapatan kita. Semakin besar gaji kita sebenarnya semakin banyak komitmen yang kita ada.

    Jadi kita perlulah bijak mengurus kewangan.


    5 asas kewangan
  2. Simpanan (Saving)

    Kita selalu dengar ayat “dapat gaji reward diri dulu”.

    Betul tetapi bukan semua gaji mesti di reward untuk diri. Ini akan menyebabkan anda terjerumus ke “NERAKA KEWANGAN”.

    Bila dapat gaji ambillah 10% sahaja dari nilai gaji dan simpan. Anggaplah 10% yang anda simpan itu sebenarnya tanda usaha anda menghargai penat lelah anda kerja siang dan malam.

    Sebagai contoh gaji RM2500, ambillah RM250 untuk simpanan.

    Untuk cadangan simpanan kita oleh pecahkan kepada beberapa cara.  Contohnya dari RM250 kita pecahkan kepada dua:
    (a) Wahed Invest
    (b) Hello Gold

    Kenapa 2 ini?

    Banyak cara lain lagi tetapi ini contoh sahaja kerana boleh mula simpan dengan modal yang kecil.

    Seperti Wahed Invest anda boleh simpan secara auto debit setiap bulan sebanyak RM100.

    Daripada contoh simpan RM250 tadi, RM100 di Wahed Invest dan lagi RM150 boleh simpan dalam bentuk emas.

    Emas adalah kalis inflasi. Hello gold pula boleh mula dengan serendah RM1 dan boleh dilakukan di handphone anda sahaja. Lagi mudah.

    Cash is king. Selalu ayat ini kita dengar kan? Ye betul.

    Cuba lihat semula semasa Pandemik Covid19, ekonomi gawat. Siapa yang ada Cash mereka mampu “survive”.

    Sebab itu sangat penting anda menyimpan dari sekarang. Kita tidak tahu apa lagi krisis akan melanda selepas ini. Bak kata pepatah, sediakan payung sbelum hujan.


    5 asas kewangan
  3. Perbelanjaan (Expense)

    Dah simpan 10%, ada lagi 90% kan?

    AWAS! Bukan 90% untuk perbelanjaan. Hanya 50-65% sahaja untuk perbelanjaan. Jadi kita ambil 65% maksima untuk perbelanjaan.

    Daripada 65% inilah digunakan untuk bayar bil, bulanan kereta, nafkah isteri bagi yang sudah kahwin serta jangan lupa 2%-5% dari 65% berikan juga untuk mak ayah. Itu adalah keramat hidup anda.

    Insha ALLAH dengan memberi mereka wang, Allah akan memberi banyak lagi rezeki kepada kita.

    Paling mudah 65% ini anda pecahkan kepada beberapa sampul.

    Sampul pertama 30% –  untuk bayar kereta dan rumah. Untuk kereta cukuplah 10%-15% sahaja. Betul kereta ini aset tetapi ia adalah aset yang susut nilai.

    Lebih dari itu jadikan duit untuk kumpul deposit beli rumah jika belum ada rumah atau itulah duit untuk bayar bulanan aset masa depan anda.

    Sampul kedua 20% – Nilai ini untuk bayar segala bil seperti bil eletrik, bil air, bil wifi dan juga duit untuk beli barang dapur dan makanan.

    Sampul ketiga 10% – Nafkah kepada isteri bagi yang sudah kahwin. Jika bujang 10% ini boleh pecahkan untuk hiburan dan reward diri sedikit seperti untuk pergi bercuti bagi yang minat travel ataupun untuk beli gadjet baru bagi yang suka barangan gadjet.

    Sampul keempat 5% – Berikan kepada ibu bapa kita. Mereka tidak meminta tetapi kita ikhlaskan diri untuk memberi kepada mereka. Menghargai pergorbanan yang mereka telah berikan kepada kita sejak kita kecil sehingga kita mampu bekerja sekarang.

     

    5 asas kewangan
  4. Perlindungan (Protection)

    Hanya 20%-30% rakyat Malaysia yang ada kesedaran tentang perlindungan.

    Sedarlah bahawa perlindungan ini sangat penting. Hanya perlu sediakan 10% dari pendapatan sediakan perlindungan untuk diri anda.

    Contoh gaji RM2500, 10% hanyalah RM250. Sebenarnya dengan RM250 anda sudah boleh dapat 2 benefit iaitu Medical card dan Hibah.

    Medical card untuk sesuatu terjadi kepada anda seperti sakit dan lain2. Jadi dengan ada medical card ia boleh cover rawatan anda di hospital.

    Hibah pula adalah pemberian kepada orang yang tersayang. Andai kita meninggal.

    Mungkin waktu itu rumah belum habis bayar atau isteri tidak bekerja. Dengan anda mengambil hibah yang mempunyai cash value dalam RM100K-300K.

    Nilai itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban isteri anda bagi yang berkahwin. Yang bujang mungkin inilah hadiah terakhir kepada ibu bapa anda.


    5 asas kewangan
  5. Pelaburan (Investment)

    Saya tahu ramai mula mengenali pelaburan. Terutama saham.

    Tapi ramai silap. Mereka menggunakan duit simpanan, duit gaji dan lain-lain untuk melabur. Itu salah!

    Melabur adalah duit lebihan yang kita ada. Duit itu kalau rugi 100% pun kita tak ralat.

    Tak menjejaskan kehidupan kita.  Kerana pelaburan melibatkan risiko.

    Jadi bagi yang baru nak mula menceburi dalam bidang pelaburan, letakkan 15% dari pendapat sebagai nilai yang anda sanggup rugi.

    Itu lah duit pelaburan anda. Contoh gaji RM2500 , 15% adalah RM375. Sikitnya? Itu baru sebulan.

    Kalau anda kumpul 5 bulan bukan ke dah RM1875? Nilai itu sebenarnya dah boleh mula melabur. Dengan nilai itu anda besarkan lagi. Mula dengan buka dahulu Akaun CDS.

 

 

Kesimpulan

Merancang sebaik-baiknya untuk kewangan anda.

Anda rancang dengan baik, anda terselamat dari masalah kewangan dan hidup anda akan lebih tenang.

Tonton  video yang telah disediakan dibawah:

Oleh itu, anda perlu bijak untuk mengambil langkah awal untuk mula belajar ilmu saham dengan Mahersaham.

Mahersaham akan sentiasa membantu anda menjadi seorang trader yang hebat.

Anda boleh baca artikel berkaitan belajar saham di blog Mahersaham dengan lebih lanjut.


Anda Newbies dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga! Artikel ini ditulis oleh Lukman

Similar Posts