4 Langkah Newbie Saham WAJIB Tahu Sebelum Membeli Saham

Dalam artikel ini, kami akan terangkan 4 langkah untuk membeli saham yang wajib diketahui sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki pegangan saham di Bursa Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang mula berjinak-jinak dengan saham.

Ramai juga yang dah ada kesedaran dan mula mengambil langkah bijak dengan membuka akaun CDS .

Alhamdulillah. Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif dan akan merancakkan lagi industri ekonomi di Malaysia.\

Namun, terdapat beberapa teori berkaitan mereka yang baru menceburi dalam bidang saham ni antaranya ialah teori 90.

Teorinya ialah “90% orang akan rugi sebanyak 90% daripada modal yang dilaburkan dalam masa 90 hari”.

Ini sangat membimbangkan kerana berdasarkan teori ini, hampir kesemua pelabur tidak mampu untuk membuat untung dalam dunia saham atau bahasa mudahnya, gagal dalam pasaran saham.

Kesimpulan mudah yang boleh dibuat daripada teori 90 ini ialah, ramai yang terjun ke bidang saham ini tanpa persediaan dan pengetahuan yang betul tentang saham.

Jadi, kami gariskan 4 perkara yang wajib diketahui oleh mereka yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia saham ni.

Jika anda adalah termasuk dalam kelompok mereka yang masih newbie dalam stock market ni, anda wajib baca sampai habis!

1. Tahu apa itu saham sebelum anda membeli saham

Ini adalah perkara yang paling basic jika anda ingin menceburi bidang saham.

Anda wajib tahu bagaimana saham ini berfungsi, kenapa syarikat nak apungkan kepada pasaran, dan macam mana kita boleh mendapat keuntungan daripada saham ni.

Ramai yang salah sangka  terhadap saham dan tidak dapat membezakan antara saham dan skim cepat kaya dan juga judi.

Kalau anda inginkan sesuatu yang terlalu pantas untuk membuat untung seperti “harini beli pegangan saham dan esok terus jadi jutawan”, saham ni bukanlah tempatnya.

Jadi, eloklah anda membaca artikel yang lebih detail menceritakan tentang apa itu saham.

2. Tahu kenapa kita hendak membeli saham sesebuah syarikat

Ramai dalam kalangan pelabur yang membeli sesuatu pegangan tanpa mengetahui sebabnya. 100% bergantung kepada nasib.

Untung sabut timbul, untung batu?

Ini sangatlah bahaya dan bertentangan dengan perkara yang sepatutnya, kerana untuk memiliki sesuatu pegangan.

Kita mestilah tahu sedikit sebanyak berkaitan latar belakang syarikat yang kita berminat nak melabur didalamnya.

Kita ambill contoh dalam skop yang lebih kecil.

Jika ada kawan anda yang hendak yakinkan anda untuk melabur dalam bisnes yang baru diceburinya, adakah anda terus beri sejumlah modal tanpa mengetahui berkaitan bisnes yang kawan anda buat tu?

Sekurang-kurangnya, kita maklum dengan perkara-perkara seperti sejarah kewangan, plan kasar untuk bisnes itu dan unjuran plan untuk beberapa tahun akan datang.

Baru tidak melabur membuta-tuli.

Begitu juga yang berlaku dalam saham. Malah, dalam saham lebih mudah kerana segala penyata kewangan boleh didapati dengan mudah dan lengkap.

Dalam saham, tertadapat banyak cara ataupun ilmu untuk menilai sesebuah syarikat sebelum kita tetapkan untuk menjadikan syarikat itu sebagai syarikat pegangan kita.

Antaranya ialah ilmu ‘fundamental analysis (FA)’, ‘technical analysis (TA)’, dan juga market sentimen.

Fundamental Analysis adalah cara untuk kita membaca sesebuah syarikat. Tahu ‘intrinsic value’ sesebuah syarikat, ‘earning per share’, ‘market capitalisation’, ‘PE ratio’, ‘net tangible asset’, dan ‘dividend yield’ (banyak lagi sebenarnya). Kita boleh membedah laporan kewangan sesebuah syarikat ini berdasarkan laporan kewangan yang boleh didapati dengan mudah di laman web ni.

Technical Analysis pula berkaitan dengan cara untuk kita membaca chart. Dengan membaca chart, kita boleh mengkaji sejarah sesuatu syarikat. Di dalam chart juga kita boleh melihat emosi para pedagang iaitu emosi fear(takut) dan juga greed(tamak).

Namun, bukan senang nak mengkaji chart ni kerada terdapat banyak perkara yang perlu diketahui seperti cara membaca candlestick, analisa volume dan price, cara membaca indikator, cara tetapkan ‘support and resistance’ dan cara untuk membaca trend.

3. Pengurusan modal atau money management adalah penting

Untuk membeli saham, kita mestilah tahu macam mana nak mengawal modal yang kita ada.

Sebagai contoh, kita ada modal sebanyak RM5000, kamudian kita nak membeli sesuatu pegangan, lalu kita menghabiskan terus kesemua modal yang kita ada tu ke dalam sesuatu syarikat.

Melainkan kalau kita ada kuasa melihat masa depan, dan yakin 110% bahawa sesuatu saham itu pasti dan wajib akan naik (yang mana bagi manusia normal memang tiada la kebolehan macam ni).

Ada cara untuk kita posisikan pegangan kita untuk membeli saham.

Untuk sesetengah keadaan, kita juga memerlukan kepada analisa teknikal berkaitan saham dengan memahami chart saham berserta penggunaan-penggunaan indikator.

Antara indikator-indikator yang kita akan belajar pada masa akan datang adalah RSI, Parabolic SAR dan Ichimoku Kinko Hyo.

Yang ni kena belajar lebih dalam kerana ia agak subjektif dan memerlukan penerangan yang agak panjang.

4. Tahu cara beli dan jual saham

Apabila dah tahu syarikat apa kita nak beli dan juga dah tahu berapa banyak modal kita nak laburkan, langkah seterusnya adalah, tahu macam mana hendak buat pembelian dan penjualan pegangan saham.

Sebagai orang biasa, kita tak boleh membeli sesuatu pegangan tanpa melalui orang tengah. Orang tengah yang dimaksudkan ialah ‘broker saham’.

Terdapat banyak broker di Malaysia antaranya ialah Malacca Securities, Maybank, UOB, CIMB, Bank Islam, dan banyak lagi.

Tapi anda tidak perlu untuk berjumpa dengan sesiapa setiap kali nak membuat pembelian dan penjualan sebab teknologi hari ini sangat membantu kita.

Anda boleh mebuat pembelian dan penjualan dengan mudah melalui platform online. Anda hanya memerlukan internet dan juga komputer ataupun telefon bimbit sahaja!

Jangan risau cara nak jual dan beli kerana perkara ini akan diajar secara detail oleh remiser atau dealer anda yang telah mendaftarkan akaun CDS anda.

Di bawah ada contoh bagaimana simulasi beli dan jual saham menggunakan platform trading Mplus.

Apa? Akaun CDS pun belum ada?

Cadangan saya, buka sahaja akaun CDS walaupun anda masih newbie kerana melalui akaun CDS ni, anda boleh melihat platform dan mengkaji setiap syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Sebagai contoh, anda mungkin ada terbaca berita tentang ECRL dan kemudian anda boleh nampak kenaikan saham T7Global ada kaitan dengan pengumuman ECRL yang diteruskan.

Jangan risau, anda tak dikenakan sebarang bayaran setiap kali anda ingin mengakses  ke platform akaun CDS anda ini.

Tak tahu nak pilih broker apa? Buka la dengan kami, Malacca Securities kerana cajnya adalah antara yang paling murah.

Ada sesetengah orang, mereka lebih suka untuk mendapat penjelasan lanjut dan terperinci.

Itu antara sebab kenapa kita di Mahersaham pun ada buat Kelas Asas Saham di merata tempat.

Dalam Kelas Asas Saham, kita cuba mudahkan penjelasan saham ini agar newbie atau yang masih baru, kurang arif berkenaan selok belok pelaburan saham di Bursa Malaysia ini boleh mula melabur dalam pasaran saham dengan pantas.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts

6 Comments

Comments are closed.