4 Kriteria Analisis Teknikal

Apa Itu Analisis Teknikal

Analisis teknikal merupakan salah satu method kajian dalam dunia kewangan untuk menjangkakan pergerakan harga saham.

Sama ada harga saham naik ataupun turun.

Di Mahersaham, terdapat 4 kriteria yang kami tekankan kepada student dan klien dalam kajian yang dilakukan.

Kriteria tersebut adalah:

  • •Trend
  • •Support & Resistance
  • •Risk Management
  • •Trading Plan

Trend Wajib Tahu

Uptrend

 Kaunter yang sentiasa menaik dengan mencipta higher high yang baru.

 Kombinasi

  • •HIGH
  • •LOW
  • •HIGHER HIGH ( HH)
  • •HIGHER LOW (HL)
Analisis Teknikal

Downtrend

Kaunter yang sentiasa membuat new low yang baru.

Kena ingat untuk downtrend ni, high yang baru sentiasa rendah dari high sebelumnya.

Kombinasi

  • •HIGH
  • •LOW
  • •LOWER HIGH (LH)
  • •LOWER LOW (LL)
Analisis Teknikal

Sideways

  • Hanya ada HIGH dan LOW sahaja
  • Ketidakpastian hala tuju
Analisis Teknikal

Support Dan Resistance Dalam Analisis Teknikal

Perlu mencari support dan resistance.

Banyak cara contoh guna trendlines, gann atau manual mengikut pergerakan candlestick.

Sekiranya anda ingin menggunakan gann, mudah saja.

Anda buka laman web app.mahersaham.com dan login, kemudian ikut step di bawah.

Analisis Teknikal

Korang baca artikel ni untuk lebih faham tentang support dan resistance.

Risk Management

Risiko tak dapat dielak tapi dapat dikawal.

Caranya adalah dengan menetapkan risk reward ratio. 

Tetapkan nisbah kerugian:nisbah keuntungan.

Setiap kali korang nak melabur, jual atau beli sesuatu saham pastikan korang kira nisbah kerugian:nisbah keuntungan.

Cadangan kami adalah (1:2) atau (1:3).  

Namun jika korang dapat kira untuk lagi tinggi keuntungan lagi bagus.

Macam mana nak kira?

Bergantung kepada modal anda.

Contohnya, korang ada RM 10 000, sebelum melabur tu korang kena tetapkan berapa nilai yang anda sanggup rugi? Berapa pula nilai yang anda nak untung?

Contohnya anda nak rugi maksimum sebanyak RM 200 dan anda nak untung minimum RM 400 maka nisbah adalah:

Nisbah kerugian:nisbah keuntungan = Rm200 : RM 400

Maka ratio korang adalah (1:2).

Kena ingat nisbah bergantung kepada berapa anda sanggup rugi dahulu baru anda boleh pikir berapa anda nak untung.

Trading Plan

Dengan adanya trading plan, anda akan tahu apa yang harus dilakukan.

Sebelum membeli sesuatu saham anda sudah menetapkan berapa peratus keuntungan yang ingin diambil juga berapa peratus kerugian yang anda sanggup tanggung jika harga saham menurun.

Dengan adanya trading plan anda dah tahu kat mana nak letak entry price, target price dan cut loss.

Jadi korang tak lah tertunggu-tunggu nak buat apa lepas ni. Korang hanya perlu follow trading plan yang korang dah tetapkan.

Nak Tahu Lebih Lanjut Mengenai Analisis teknikal?

Anda boleh baca di sini

Apa Itu Analisa Teknikal


Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Similar Posts