4 Kriteria Analisis Fundamental
Apa itu Analisis Fundamental?
Analisis Fundamental merupakan satu kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti nilai sebenar atau ‘intrinsic value’ sesebuah syarikat.
Ia juga merupakan kajian terhadap bisnes syarikat, financial syarikat dan management syarikat.
Main point kajian adalah nak tahu sesebuah syarikat itu berkualiti ataupun sebaliknya.
Naik turun harga saham banyak dipengaruhi oleh prestasi syarikat.
Andai sesebuah syarikat itu mampu ‘buat duit’, boleh untung dan ada potensi besar maka harga saham akan naik secara long term.
Sekiranya bisnes tak bagus, tak untung dan ke arah nak bankrap maka harga saham akan jatuh.

Analisis fundamentali merupakan analisis yang paling kerap digunakan oleh pelabur-pelabur saham jangka masa panjang.
Di dalam Mahersaham, 4 kriteria yang kami akan tekankan pada student dan klien untuk di kaji adalah:
- •PE Ratio dan ROE
- •Net Profit
- •No of shares
- •Dividen
PE Ratio dan ROE
PE ratio = market cap / net profit
atau
PE ratio = Price per share / EPS
PE ratio ni apa?
Berdasarkan rumus di atas, PE ratio ini adalah berapa kali ganda harga syarikat berbanding keuntungan syarikat.
Kebiasaannya, PE ratio yang tinggi menunjukkan harga sesebuah saham adalah “mahal” jika dibandingkan dengan pendapatan syarikat.
Namun, kekurangan PE ratio ialah ia adalah lagging indicator
Apa pulak lagging indicator ni?
Lagging indicator bermakna kajian yang dilakukan berdasarkan perkara yang dah berlaku bukan forecasting (ramalan masa depan).
Sebarang Financial data adalah lagging indicator.
Data yang kita ketahui adalah keuntungan tahun lepas-lepas bukan keuntungan sekarang ini (tahun ini).
ROE = net profit / jumlah ekuiti (modal)
Lebih besar ROE, lebih efficient operasi syarikat dalam menghasilkan keuntungan berdasarkan modal yang dimiliki.
Net Profit
Gross profit (keuntungan kasar) = revenue (sales) – cogs (cost of good sales)
Contoh anda buka kedai makanan, harga jualan nasi goreng daging sepiring adalah RM5 maka itu adalah revenue (sales).
Untuk hasilkan nasi goreng daging kita memerlukan barang mentah seperti nasi, sayur, bawang, minyak masak dan daging.
Barangan mentah ini dipanggil sebagai cogs (cost of good sales).
Nota tambahan: financial syarikat boleh rujuk annual report atau quarter report syarikat.
Profit before tax = Gross profit – expenses
Bila kita buat bisnes sudah tentu kita akan bayar sewa tempat, bil api air dan bayar gaji pekerja dan lain-lain.
Yang ini dikira sebagai perbelanjaan atau expenses.
Net profit = profit before tax – tax
Mereka yang terlibat dengan bisnes akan membayar cukai dengan kerajaan.
Maka dapatlah keuntungan bersih setelah tolak nilai-nilai expenses, cogs (cost of good sales) dan tax.
Net profit margin = net profit / revenue
Total Number of Shares.
Jumlah shares saham sesuatu syarikat.
Korang boleh tengok jumlah saham dalam web malaysiastock.biz
Contoh kaunter XYZ

Kita kena tengok jugak kategori saham itu sama ada ia saham berat atau ringan.
Saham ringan atau berat ini ada dinyatakan dalam teori supply and demand (CANSLIM) dalam buku How To Make Money In Stock oleh William O Neil.
Apa yang menentukan saham itu berat atau ringan adalah jumlah number of shares.
Kalau terlalu banyak number of shares, saham boleh jadi berat dan bila ia jadi berat maknanya harga saham tersebut susah nak naik dan susah nak turun.
•Dividen
•Agihan pendapatan syarikat kepada pemegang saham
•Dividend Yield = DPS / Price per shares
•Ada syarikat yang mempunyai dividend policy, ada juga yang tiada
Korang juga boleh rujuk kat sini mengenai dividen:
- Perkara Wajib Tahu Tentang Dividen
- Pembayaran Dividen Syarikat Boleh Dilaburkan Semula
- Tarikh-tarikh penting pemberian dividen supaya layak dapat
Nak Tahu Lebih Mendalam Tentang Analisis Fundamental
Korang boleh baca artikel kat sini untuk menambah kefahaman lebih mendalam mengenai analisis fundamental.
- Analisa fundamental vs analisa teknikal
- Penerangan Dan Contoh Analisis Fundamental Dalam Saham
- Cara Buat Kajian Fundamental Analisis Mudah & Cepat
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.