4 Cabaran Utama Financial Adviser’s Representative
4 Cabaran Utama Financial Adviser’s Representative
4 Cabaran Utama Financial Adviser’s Representative perlu tahu!
Lumrah, setiap pekerjaan pasti ada cabarannya tersendiri.
Dengan secebis kudrat yang ada, ambillah cabaran ini sebagai penguat bagi perjalanan yang bakal ditempuh.
Pandanglah dengan sisi positif bahawa cabaran ini yang akan menguatkan anda dalam mencapai impian.
Sentiasa memberikan yang terbaik walau apa jua keadaan sekalipun.
Cekal dalam memperjuangkan cita-cita dan impian dengan niat untuk membantu kehidupan orang lain dengan lebih baik.
Anda jangan tak tahu, profession ini juga ada cabarannya.
Walaupun dianggap profesional dalam bidang khidmat nasihat, tetapi tetap ada cabaran yang tersendiri.
1. Masyarakat Malaysia masih lagi kurang kesedaran dalam pengurusan kewangan.
Berapa ramai sahaja yang sanggup membayar yuran untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam pengurusan kewangan?
FAR dilihat masih baru lagi di Malaysia dan masih belum lagi meluas.
Rakyat Malaysia merasakan perkhidmatan pengurusan kewangan ini tidak diperlukan.
Bagi mereka buat apa bayar perkhidmatan untuk orang selesaikan masalah kewangan sendiri sedangkan duit untuk membayar yuran pun tidak mampu.
Baik urus sendiri daripada suruh orang lain fikirkan keadaan kewangan mereka.
Inilah tanggapan skeptikal yang dilemparkan kepada perancang kewangan.
2. Salah faham masyarakat tidak mampu membezakan antara FAR/FPR, ejen insurans/takaful dan unit trust.
Ramai orang menganggap FAR ini adalah sama sahaja dengan ejen insurans/takaful dan unit trust.
FAR dianggap menjual produk-produk ini demi kepentingan duit poket mereka.
Di samping itu, ada di antara ejen insurans/takaful dan unit trust yang mendakwa diri mereka sebagai financial planner.
Semua ini merupakan suatu gejala yang tidak benar.
Walaupun ada undang-undang bagi penggunaan gelaran ini, selagi tiada aduan daripada orang awam, ianya dianggap perkara kecil.
Ia menampakkan seolah-olah bilangan financial planner ini ramai dan ada di mana-mana sahaja.
Financial planner yang berintegriti tidak akan bias kepada sesuatu produk.
Berbeza pula dengan ejen insurans/takaful dan unit trust yang segelintir akan ‘push’ klien untuk mendapatkan produk mereka.
Kadangkala, kita sendiri pun akan rimas dengan produk yang kita tidak perlu, tetapi asyik di canangkan untuk mengambilnya.
Ini disebabkan tujuan utama seorang ejen adalah menjual produk syarikat berbanding memberi khidmat nasihat yang ideal kepada klien.
3. Bilangan FAR di Malaysia masih kurang.
Disebabkan kerjaya ini masih dianggap baru, jadi bilangan golongan profesion ini masih sedikit lebih-lebih lagi penglibatan bumiputera.
Proses untuk mengambil sijil profesional juga memakan masa sekurang-kurangnya satu tahun setengah. Itupun tidak termasuk peperiksaan yang perlu diduduki berulang kali.
Selain itu, mentor untuk menjadi pembimbing kepada profesion ini sukar ditemui.
Dan mungkin juga disebabkan oleh kos yang perlu ditanggung sebelum menjadi perunding kewangan yang bertauliah dan berlesen.
Berkemungkinan ini semua merupakan faktor-faktor mengapa bilangan profesion ini tidak ramai di Malaysia.
4. FAR terdedah kepada kesilapan dalam memberikan khidmat nasihat.
Tugas seorang FAR ini bukanlah mudah kerana mereka memerlukan ketelitian yang tinggi dalam menganalisa profil klien.
Semasa menganalisa profil prospek, berkemungkinan boleh berlaku kesilapan semasa memberikan rundingan.
Profesion ini terdedah dengan risiko kecuaian sekiranya memberikan khidmat nasihat yang salah.
Jadi, penasihat kewangan mesti mempunyai insuran indemniti profesional minimum sebanyak RM200,00 untuk melindungi pengguna dalam kes kecuaian profesional.
Insuran ini bertujuan untuk melindungi FAR/FPR sekiranya culas.
Seorang profesional berkemungkinan terdedah kepada dakwaan guaman kerana kecuaian profesional bagi sesuatu yang telah dilakukan atau yang telah diperkatakan dalam melaksanakan pekerjaannya.
Bukan FAR/FPR sahaja yang pelu mengambil insuran ini, profesion lain seperti doktor juga diwajibkan untuk mengambil insuran ini.
Insuran Indemniti Profesional adalah polisi insuran perlindungan ke atas sebarang kos yang perlu dibayar oleh individu berhubung dakwaan di atas kecuaiannya jika disabitkan kesalahan.
Contohnya, Abu seorang perunding kewangan telah memberi khidmat nasihat mengenai pelaburan kepada prospek yang kemudiannya mengalami kerugian wang selepas melaksanakan saranan Abu.
Prospek tersebut berkemungkinan akan menyaman Abu di atas kerugian dan menuntut pampasan daripadanya.
Kesimpulan
Ini belum lagi termasuk kehadiran robot yang dikatakan mampu menggantikan tugas seorang FAR/FPR.
Cabaran itu akan hadir seiring dengan kepesatan teknologi pada zaman sekarang.
Dalam menghadapi cabaran-cabaran ini, FAR/FPR tidak seharusnya bergantung kepada persatuan bagi membela kerjaya mereka.
Ini kerana, akhirnya masyarakat sendiri yang akan memilih yang manakah paling relevan bagi mereka.
Jadi, FAR/FPR digalakkan untuk memberi info-info dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pengurusan kewangan.
Hal ini kerana, ada golongan yang sanggup mendapatkan khidmat nasihat bagi pengurusan kewangan mereka.