3 Perkara Penting- Faktor Perubahan Ringgit Malaysia!
Pergerakan Ringgit Malaysia- Faktor 3 Perkara Penting
Hai dan Salam Sejahtera. Artikel kali ini saya akan share pada anda semua mengenai 3 perkara penting yang bakal berlaku dalam masa terdekat
Sejak kebelakangan ini, Index KLCI dan pergerakan ringgit Malaysia dilihat agak sedikit membimbangkan ramai pihak di mana terdapat beberapa sektor ekonomi yang agak merudum, ia sedikit sebanyak akan memberi effect kepada ekonomi dunia.
Jika minggu lepas sektor minyak sawit agak memberangsangkan namun minggu ini kita ternanti-nanti akan beberapa berita yang akan menyebabkan perubahan besar kepada sektor ekonomi.

3 Perkara Penting- 1. Kempen Trump, Biden memasuki fasa genting menjelang pilihan raya (US Election)
Antara 3 perkara penting yang perlu anda ketahui ialah mengenai US Election yang bakal diadakan pada 3 Nov!
Menjelang pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pesaingnya, Joe Biden bersama pimpinan utama giat meraih undi di beberapa negeri industri penting di Midwest dan di tenggara negara itu.
Pilihanraya presiden AS 2020 dijadualkan pada 3 November. Ini akan menjadi pilihan raya presiden kuadrenial ke-59.
Trump dan Biden memberi tumpuan di Pennsylvania di mana Presiden meneruskan kempennya di empat lokasi.
Ketua strategi pasar global Axi Stephen Innes mengatakan kemenangan Biden dalam pilihanraya presiden AS akan dilihat lebih baik daripada kemenangan Donald Trump dari perspektif Asia.
Semasa himpunan ‘Menjadikan Amerika Hebat Semula’ Trump berkata:
“Kita hanya mahukan keadaan normal,” kata Trump kepada penyokongnya.

Biden meneruskan serangannya terhadap Trump yang cuba menghapuskan dasar perlindungan kesihatan era Obama selain perubahan iklim dan dasar perdagangan dengan China.
Rundingan dua hala antara A.S dan China ini perlu dipercepatkan untuk meredakan ketegangan, sekali gus mencegah konflik lebih buruk antara dua kuasa tentera terbesar di dunia itu.
Gesaan ini didorong oleh penyebaran khabar angin bahawa pentadbiran Presiden AS, Donald Trump mungkin mengerahkan tenteranya.
Ini bertujuan untuk mempertahankan kepulauan di Laut China Selatan yang kini dituntut oleh China.
2. BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah
Selain itu, antara 3 perkara penting ialah mengenai Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurut AmBank Research, Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman (OPR), yang menjadi penanda aras rujukan kadar pinjaman bank pada tahun ini.
Keputusan kadar dasar Bank Negara Malaysia (BNM) pada 3 November ini ditetapkan sebagai pemangkin ringgit berbanding dolar AS
Ketua Ahli Ekonominya, Dr Anthony Dass, berkata:
“Susulan daripada pemotongan 25 mata asas (bps) pada Julai lalu kepada 1.75%, BNM mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) September lalu”
Keputusan itu sebahagiannya adalah disebabkan oleh pemulihan berterusan daripada aktiviti ekonomi selepas ia terjejas pada April lalu.
Selain itu, ia disokong oleh pakej fiskal, monetari dan langkah kewangan.
Persoalannya, adakah BNM akan mengekalkan atau mengurangkan OPR?
Mengekalkan peratus OPR disokong oleh sekumpulan data ekonomi yang melihat akan pemulihan ekonomi pada suku ketiga dan keempat 2020 walaupun jumlah kes COVID-19 semakin meningkat.
Ini kerana langkah yang diambil untuk mencegah COVID-19 tidak akan mempengaruhi ekonomi dengan lebih teruk berbanding sebelum ini.
Namun, jika OPR dikurangkan ia disebabkan risiko penurunan ekonomi.
Langkah pembendungan akan menjejaskan negeri-negeri yang menyumbang hampr 50% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.
3. MoF: Belanjawan 2021 menjadi lebih besar daripada tahun sebelumnya
Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan pada 6 Nov 2020 pastinya membuatkan ramai pihak menanti-nanti apakah akan ada khabar baik untuk masyarakat dan ekonomi negara.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul telah mendedahkan bahawa peruntukan untuk Belanjawan 2021 akan lebih besar daripada Belanjawan 2020 sebanyak RM297 bilion
Selain itu, pemerintah tidak akan mengurangkan perbelanjaan untuk pembangunan.
Dimana sudah selama satu dekad telah menyumbang hampir 1/4 dari perbelanjaan pemerintah dalam 10 tahun terakhir, atau kurang dalam beberapa tahun.
Dalam temu bual dengan Sinar Harian, menteri itu berkata:
“Belanjawan yang akan datang juga akan lebih dinamik daripada yang sebelumnya, memandangkan ketidakpastian pandemik Covid-19 semasa”
Sebanyak RM297 billion diperuntukkan untuk Belanjawan 2020, merangkumi RM241 billion untuk perbelanjaan operasi dan RM56 billion untuk perbelanjaan pembangunan.
Berdasarkan carta, belanjawan 2020 adalah belanjawan kedua terbesar sejak 2011.
Anda boleh rujuk carta di bawah untuk lihat dengan lebih terperinci mengenai bajet 2021

Kesimpulan
3 isu penting ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi dunia dan keadaan negara. Sebagai pelabur yang bijak kita haruslah ambil peduli dan cakna mengenai isu semasa dan keadaan ekonomi dunia sekarang. In shaa Allah jom sama-sama kita mendoakan agar negara terus maju dan aman dari segi pelbagai faktor.
Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda! Assalamualaikum.
_________________________________________________________________________________________
Terus ikuti kami untuk tahu lebih banyak isu semasa dan keadaan ekonomi dunia!
Mahersaham juga turut menyediakan Video Percuma Asas Saham di Mahersaham App. Klik link ini https://mahersaham.web.app/courses/asas sekarang untuk tonton video Asas Saham.