3 Papan Di Bursa Malaysia

Pengenalan kepada Bursa Malaysia

Buat masa ini, 3 papan ataupun board yang ada dalam pasaran saham di Bursa Malaysia ialah Main Market, ACE Market dan LEAP Market. Sebelum kami mula terangkan mengenai 3 papan utama ini, anda perlu tahu sedikit sejarah berkaitan.

Jika anda rajin membuat bacaan, mesti pernah terbaca buku-buku saham lama dalam tahun 90an. Ketika itu, sudah ada 3 papan di Bursa Malaysia merangkumi Main Board, Second Board dan MESDAQ. Pada Ogos 2009, ia kemudian dirombak dengan menggabungkan semua sekuriti dalam Second Board ke Main Board menggunakan nama Main Market.

Manakala MESDAQ pula ditukar nama kepada ACE Market seperti sekarang. Setelah hampir 7 tahun kemudian iaitu mulai 15 Jun 2017 diperkenalkan satu lagi papan baru yang iaitu LEAP Market.

bursa malaysia
Perbandingan MESDAQ dan ACE Market

Papan Bursa pertama: Main Market  

Untuk tersenarai dalam Main Market, syarikat dalam kategori yang sudah established dan perlu mempunyai paid-up capital melebihi RM 50 juta

Syarikat perlu mealalui proses ‘profit test’ dimana hanya syarikat yang mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh. Dalam tempoh 3-5 tahun kebelakang sebelum tersenarai, syarikat perlu mencatatkan keuntungan minima RM 20 juta.

Harga IPO perlu bermula dengan harga minima RM 0.50 ke atas dan public spread IPO minima 25% apungan.

Papan Bursa kedua: ACE Market

Untuk tersenarai dalam ACE Market, syarikat dalam ketegori growth dan perlu mempunyai paid-up capital antara RM 5 – 10 juta.

Syarikat tidak perlu melalui ‘profit test’. Jika kewangan syarikat tidak berapa kukuh sekalipun masih boleh tersenarai dalam papan ini.

Tiada harga minima untuk pemulaan harga IPO tetapi public spread memerlukan minima apungan 25%

Bagi kedua-dua pasaran Main Market dan ACE Market, anda perlukan akaun CDS untuk mula melabur. Ketahui bagaimana untuk dapatkan akaun CDS bersama M+ secara PERCUMA disini. 

Papan Bursa ketiga: LEAP Market

LEAP merupakan akronim bagi Leading – Entrepreneur – Accelerated – Platform.

Mengikut CEO Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan, papan LEAP Market ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pasaran kewangan untuk syarikat bertaraf kecil dan sederhana, small and medium-sized enterprise (SMEs) bagi mendapatkan dana berjumlah antara RM 1 – 10 juta.

Untuk tersenarai dalam papan ini, syarikat dalam kategori SME dan perlu mempunyai paid-up capital minima RM 2 juta.

Pasaran LEAP tak dibuka untuk pelabur runcit biasa. Ia hanya dibuka bagi pelabur yang digelar sebagai ‘sophisticated investor’ iaitu merujuk kepada high net- worth client yang mempunyai harta bersih bernilai RM 3 juta atau berpendapatan RM 300 ribu setahun atau RM 400 ribu secara bersama dengan pasangannya.

Nak melabur dalam saham tapi tak tahu pelaburan saham ni halal atau tidak? Baca Halal ke Saham ni?  Jangan lupa follow kami di FB Page Mahersaham dan join group Telegram Mahersaham untuk dapatkan informasi terkini mengenai pasaran saham.

Kalau anda belum layak untuk melabur dalam pasaran LEAP Market, jangan risau kerana pasaran saham di Bursa Malaysia juga terbuka kepada pelabur runcit yang berpendapatan sederhana. Sertai kelas Super Trader Mahersaham untuk mengetahui bagaimana anda dapat menjana keuntungan melalui kaunter yang tersenarai di Main Market dan ACE Market.


Korang dah follow/like/join media sosial Mahersaham???

Follow sekarang untuk mengetahui informasi terkini mengenai pasaran saham

Website

Facebook

Twitter

Instagram

Youtube

Telegram

Similar Posts