2 Jenis Analisa Saham – Fundamental dan Teknikal
Kajian fundamental dan teknikal adalah dua jenis analisa yang sering digunaka pakai dalam kajian saham. Anda mempunyai 3 pilihan sama ada fokus pada fundamental analisis sahaja, kedua fokus pada teknikal analisis atau pilihan satu lagi untuk menggabungkan kedua-dua analisa dalam kajian saham anda.
Kami telah mengupas mengenai analisa fundamental dan teknikal sebelum ini melalui Analisa Fundamental vs Analisa Teknikal.
Kali ini kami nak kongsikan bagaimana untuk menggunakan platform khas bagi pengguna M+ untuk mendapatkan maklumat fundamental terperinci mengenai status kewangan sesebuah syarikat melalui Insage dan kajian chart technical melalui Interactive Chart.
Kajian Fundamental Menggunakan Insage
- Melalui trading platform anda, pilih syarikat yang anda hendak kaji dan right click. Kemudian pilih financial analysis.
- Paparan layout Insage menunjukkan maklumat gambaran keseluruhan perniagaan syarikat beserta maklumat kewangan seperti income statement, balance sheet, shareholder’s equity dan juga cashflow statement.
Selain itu terdapat juga maklumat ratio analysis seperti ROE, DPS, EPS dan banyak lagi yang boleh dijadikan kriteria rujukan untuk mengetahui sesebuah syarikat itu kukuh atau tidak.
Tips ringkas untuk menilai undervalued stocks yang memiliki fundamental yang bagus adalah seperti berikut:
- Revenue dan Profit yang meningkat secara konsisten setiap tahun
- PE (Price over earning ratio) yang rendah berbanding kaunter dalam kategori yang sama
- ROE (Return of Equity) yang tinggi
- EPS meningkat secara konsisten setiap tahun
Kajian Teknikal Menggunakan Interactive Chart
Untuk kajian Teknikal Analisis pula, keputusan pembelian dan penjualan dibuat berdasarkan pergerakan price dan volume sesuatu saham. Buat masa ini Interactive Chart diberikan secara percuma kepada pelanggan M+ yang melakukan transaksi sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan.
- Dalam analisa teknikal, penting untuk anda mengetahui trend pergerakan saham sama ada uptrend, downtrend ataupun sideways.
- Kenal pasti support dan resistance line kerana support dapat memberi anggaran jika set up entry anda tak menjadi, support line boleh dijadikan rujukan untuk cut loss (CL). Sekurang-kurangnya anda dapat menjual saham dengan kerugian minimum.
- Resistance line pula dapat memberi anggaran bila anda patut menjual untuk lock keuntungan. Ia sering digunakan sebagai titik rujukan untuk take profit (TP) supaya anda dapat menjual pada keuntungan yang maksimum
- Cuba cari stock yang mempunyai momentum tinggi dengan kehadiran volume. Apabila stock mempunyai volume, ia memberi gambaran mengenai kekuatan momentum pergerakan sesuatu kaunter saham. Juga boleh memberi gambaran sama ada kaunter saham tersebut berada dalam keadaan Overbought ataupun Oversold.
Jika anda ingin dapatkan feature ini untuk membantu anda membuat kajian saham, apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
Kami juga ada sediakan video bersiri mengenai panduan menjalankan kajian analisa teknikal menggunakan Parabolic SAR dan Ichimoku Kinko Hyo.
Sertai kami SEKARANG…
Website kami ini bercerita segala yang berkaitan dengan saham.
- Asas saham
- Kajian tentang saham
- Cara pemilihan kaunter
dan macam-macam lagi. Senang cerita, website kami ini cuba untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dengan saham!